#ummazing by syira

#ummazing by syira

Wednesday, June 29, 2011

~ KAITAN ANTARA DOA DAN IKHTIAR ~

Berdoa ertinya memohon sesuatu dihajati serta berhasrat memperolehinya. Hajat seseorang hamba boleh dibahagikan dalam dua bentuk :

1) perkara yang boleh berlaku
2) perkara yang mustahil berlaku.

memohon perkara yang mustahil berlaku merupakan perbuatan yang sia-sia, kerana doa itu tidak akan dimakbulkan oleh ALLAH. sebagai contohnya, memohon agar dianugerahkan kenabian sedangkan telah dimaklumi tentang berakhirnya kenabian dengan perutusan Nabi terakhir, Nabi Muhammad s.a.w

memohon sesuatu perkara yang boleh berlaku pula memerlukan usaha. Kanun kejadian hukum ALLAH berpaksikan kepada Asbab dan Musabbat. ALLAH s.w.t dalam fitrah kejadian dunia dan isi kandungannya serta hubungan makhluk di dalamnya menghendaki agar adanya usaha di samping berdoa untuk memohon sesuatu perkara itu menjadi kenyataan.

sebagai contoh seorang pelajar memohon agar dikurniakan kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. Bagaimanapun, dia tidak pula melalui proses belajar yang teratur, masakan akan tercapai apa yang dihajatinya itu.

Kesimpulannya, permohonan kepada ALLAH hendaklah disertai dengan ikhtiar atau usaha. Tanpanya, permohonan itu hanyalah suatu impian yang tidak akan membuahkan sebarang hasil.

:: DARIPADA BUKU, 101 DOA DARIPADA HADIS-HADIS SAHIH.. PENULISNYA, USTAZ ZAHAZAN MOHAMED ::