#ummazing by syira

#ummazing by syira

Friday, July 22, 2011

LARANGAN MAKAN DAN MINUM DENGAN TANGAN KIRI

     Imam Muslim, Abu Daud dan al-Tirmizi meriwayatkan daripada Ibn Umar r.a, daripada Nabi s.a.w, Baginda bersabda yang bermaksud: "Jika salah seorang antara kamu makan, hendaklah makan dengan tangan kanannya. Dan jika minum, hendaklah minum dengan tangan kanannya kerana syaitan makan dengan tangan kiri dan minum dengan tangan kiri."

     Ibn Abd al-Bar berkata:" Dalam hadis tersebut terkandung dalil bahawa syaitan makan dan minum. Ada segolongan yang mentakwilkan hadis ini berdasarkan makna kiasa; bahawa makan dengan tangan kiri merupakan sesuatu yang disukai syaitan dan dia menyeru kearahnya, sebagaimana yang disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Hakim daripada Rafi' bin Yazid iaitu: 'sesungguhnya syaitan menyukai warna merah, maka jauhilah warna merah pada setiap pakaian yang dipamerkan.' Namun, hadis ini dihukum hadis doif.

     Menurut riwayat Ibn Abi al-Dunya dalam Makai'd al-Syaitan dan Abu al-Syeikh al-Asbahani dalam al-'Uzmah daripada Yazid Bin Jabir, beliau berkata:

     "Tidak ada sebuah keluarga daripada orang muslim melainkan di atas atap rumah mereka ada sebuah kelurga jin Muslim. Jika makan siang mereka dihidangkan, keluarga jin itu turun dan makan bersama mereka, jika makan malam dihidangkan, keluarga jin itu pun turun dan ikut makan malam bersama mereka. Allah membela para jin dengan keberadaan mereka." WALLAHU TAALA A'LAM...